Home > Cetusan Hati, Motivasi, Nasihat > Sabar Dengan Setiap Dugaan

Sabar Dengan Setiap Dugaan

Assalamualaikum

em ok tajuk entry kali ni sabar dengan setiap dugaan. Dalam hidup kita didunia ni, Allah turunkan/berikan kita bermacam2 jenis dugaan. Dari yang kaya, susah, cantik, tak cantik, kebahagian dan penderitaan. dugaan dari kita kecil sampai laa kite meningkat dewasa.. dari dewasa hingga ke tua.. dan itulah lumrah kehidupan kita ini dunia pinjaman Allah. setiap manusia akan diuji dengan dugaan ni utk menguji sekuat / setebal mana iman kita. Yakin lah dgn setiap masalah/dugaan adalah satu hikmah. supaya kita tak lalai dan melupakanNya. Allah mengetahui apa kehendak hambaNya.. Subhanallah!!

Jd, ape yg kita harus buat bila melalui dugaan yg kita hadapi ??

Sabar

Sabar.. sabar dgn setiap dugaan yg kita hadapi.. cuba berfikiran waras.. jgn berfikiran pendek.. byk kejadian2 bunuh diri la, bunuh itu bunuh ini la.. sebab tak de kesabaran dalam diri la.. jd tanamkan sifat sabar dalam diri kita ni.. dan ketahuilah yg Allah amat menyukai org yang sabar. okey.. sabar nie kira 1st stage korang nak kena lalui sebelum korang melalui stages yg lain.

Muhasabah Diri

Ok, muhasabah kan diri kita. cuba kita renung n ingat balik atas kesilapan kita yang lepas. fikir balik kenapa dapat masalah dugaan mcm ni.. masalah x kan datang kalo kita tak buat silap. jadi.. bila dah nampak kesilapan kita dulu.. cubalah perbaiki balik kesilapan kita yang lalu.. dan berusaha utk tidak mengulangi kesilapan dulu..

Bersyukur

Bersyukur lah sebab mungkin dugaan ini dapat menyedarkan kesilapan kita terdahulu. mungkin dulu kita lupa kan Dia. Allah ingatkan kita dgn dugaan yg menimpa kita.. dan jgn pulak bila semua masalah dah selesai, kita lupakan Dia balik.. tak elok la mcm tu.. Allah beri kita peluang utk betul n sedarkan diri kita.. sape tahu, mungkin ini peluang terakhir kita.. dan esok2 kita dah takde dah.. haaa .. selalu ingat2 lah..

Redha

redha lah dgn apa yg berlaku.. redha dgn ketentuanNya.. setiap yg berlaku pasti ada hikmah nya.. InsyaAllah, jika kita redha, Tuhan akan berikan kita pahala diatas ketabahan kita.. :)

Berdoa

Berdoalah pada Allah, supaya dapat dikuatkan semangat untuk menempuhi semua dugaan dariNya.. korang ingat lah bahawa doa adalah senjata yg paling utuh umat islam. Allah mendengar setiap keluhan, permintaan dari hambaNya.. mungkin apa yg kita hajat lambat dtg, tp kalo kita bbtul ikhlas.. Allah akan berikan satu benda yg lebih baik lagi utk kita. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

Baca Al-Quran

Rajinkan diri utk membaca Al-Quran.. supaya kita akan rasa selalu dekat dgn Allah.. dapat jugak kita jauh kan diri dari buat benda2 yg tak elok dan merugikan..azamkan diri supaya rajin membaca Al-Quran. InsyaAllah.. akan mendapat ketenangan nanti..

dan korang seme ingat lah, bahawa setiap kesusahan, Allah akan gantikan kita dgn kesenangan.. jadi banyak kan bersabar dan berdoa yer.

 

 

Categories: Cetusan Hati, Motivasi, Nasihat
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.